Assalamualaikum,
Dua minggu yang lalu saya telah membeli sebuah mesin rumput galas dengan harga RM310 sahaja. Saya teruja dengannya kerana hasrat untuk memilikinya sudah saya simpan sekian lama dan kini ia menjadi ‘alat permainan’ baru saya.
Selang beberapa hari kemudian, mesin rumput tersebut hilang dicuri orang. Innalillah.
Saya tidak tahu kepada siapa hendak saya persalahkan namun apabila isteri menegur, “Daripada hari awak beli mesin rumput itu sudah saya ingatkan supaya disimpan elok-elok tapi awak letak juga di sini,” maka saya meletakkan kesalahan itu di atas bahu saya sendiri. Sudah lumrah pencuri, tuan punya barang terlalai seketika, lesaplah barang tersebut dicuri.
Mujurlah sempat juga saya bermain dengannya sekali.
No comments:
Post a Comment