Selepas berdebar menyaksikan perlawanan hidup mati Selangor
menentang Kuala Lumpur pada peringkat kumpulan, Selangor dengan penuh bergaya
mengatasi Perak dengan 3 gol berbalas 1 di Stadium Shah Alam pada perlawanan
suku akhir pusingan pertama tempoh hari. Jaringan cantik Shafiq Rahim dan
Amirulhadi membenamkan harapan Perak. Sayang, Bunyamin dibuang padang apabila
dilayangkan kad kuning buat kali kedua.
Menjelang bertandangnya Selangor di Ipoh untuk pusingan
kedua pasti mengundang debar yang tersendiri. Kekosongan Bunyamin pasti diisi
oleh Hardy Jaafar ataupun Fazilidin Khalid. Percaturan P Maniam harus
berhati-hati kerana ramai pemain sudah memiliki kad kuning dan sebarang
kesilapan di atas padang boleh mengundang masalah untuk perlawanan seterusnya.
Taktikal? Serahkan pada P Maniam dan pembantu-pembantunya.
Sebagai penyokong, saya mendoakan Selangor dapat
merealisasikan Misi 33 pada tahun ini! Saya rindukan julangan Piala Malaysia oleh
RED GIANTS!
No comments:
Post a Comment