Kacang pea (green peas)
merupakan antara bahan makanan yang saya kurang arif tentang cara memasaknya.
Biasanya ia menjadi hiasan dalam sos cendawan untuk pelbagai jenis stik, bahan
dalam sayur campur, sup atau dimakan begitu sahaja dengan hirisan bawang dan
perahan lemon.
Hari ini entah
bagaimana laju sahaja tangan saya mencapai setin kacang pea dari almari
barangan kedai. Setelah beli barulah terfikir-fikir bagaimana hendak
memasaknya. Segera meng’google’ dan tertarik dengan resepi mudah daripada sebuah blog.
Rupa-rupanya kacang pea
punya banyak khasiat. Antaranya adalah agen antioksida dan anti radang yang baik. Pengambilannya yang berkala dengan
kekacang yang lain mengurangkan risiko barah perut. Ini semua adalah kerana kandungan coumestrolnya.
Lebih menarik lagi, walaupun ia makanan
yang rendah lemak dan kaya serat, ia juga kaya dengan Omega-3 dan Omega-6 berasaskan
tumbuhan yang terbukti baik untuk kesihatan kita semua. Malahan ia kaya dengan
dengan beta-karotena dan Vitamin E.
Yang pastinya, cubaan saya memasak sup
kacang pea hari ini ternyata berbaloi dan pastinya menjadi salah satu bahan
makanan yang akan saya masukkan dalam diet harian saya.
No comments:
Post a Comment