Ada inspirasi yang sangat mengesankan hati saya sehingga kini.
Saya berbicara mengenai seorang peserta Mastechef USA musim ketiga yang buta, benar dia adalah peserta
buta pertama saya lihat dalam rancangan memasak, yang bernama Christine Ha, seorang
isteri dan seorang pelajar lepasan ijazah yang berasal dari Houstan, Texas.
Seorang wanita yang hilang penglihatannya lebih kurang 10
tahun lalu menggunakan sepenuhnya semua baki deria yang ada termasuk
menggunakan kebolehannya membayangkan warna, susunan dan bentuk makanan yang
diinginkan agar dapat diterjemahkan di atas pinggan seterusnya memikat rasa
sesiapa sahaja. Sebagai seorang yang suka memasak, saya kagum dengan
kebolehannya kerana saya sendiri masih terkial-kial dalam menentukan rasa
apatah lagi menghias makanan.
Tontonlah video di bawah ketika sesi ujibakat diadakan di
hadapan tiga orang ‘chef’ yang punya karismanya tersendiri. Video ini bisa
meruntun hati melihat kesungguhan dan keyakinan yang ditunjukkan oleh tukang
masak buta ini, Christine Ha.
Malulah kita jika selalu mengatakan tidak boleh, mustahil
dan apa sahaja alasan yang sentiasa kita berikan bukan kepada orang lain tetapi
sebenarnya kepada diri kita sendiri.
Tahu siapa kita dan jelas dengan keinginan dan kemahuan
kita, Insya Allah kejayaan akan mengiringi kita. Seperti yang Christine Ha ucapkan,
“I am definitely a competitive person and I really want to get this apron.”
Saya tahu Christine akan ke pusingan seterusnya apabila
juri,Joe Bastianich, berkata, “Your eyes beam with happiness cried in passion
and you have a lot to proud with this. Amazing. Amazing accomplishment.”