October 20, 2011
3 Mata
April 5, 2011
Kubur
Dua tiga hari dan sebulan dari sekarang akan genaplah 4 tahun pemergian ibu yang tercinta. Dua hari lepas juga saya meluangkan masa menziarahi pusaranya. Kawasan kubur yang saya pernah geruni dahulu kini menjadi tempat bersemadinya kedua orang tua saya dan juga ramai orang yang saya kenali, ramainya lebih tua daripada saya dan sedikitnya baya-baya saya.
Dahulu, rumah saya dan kawasan kubur itu dipisahkan dengan pepohon getah, kemudian semak belukar dan kini diganti pula dengan padang bola.
Ketika saya sedang membersihkan kubur ibu saya itu sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran baru saya terperasan bahawa dari kubur ibu saya kini sudah boleh nampak terus tembok rumah dan atap rumah saya.
Teringat saya seloroh arwah bapa saya, “Senang berumah di tepi kubur, mati nanti senang nak tanam.”
Kini saya menghuni rumah pusaka mereka dan saya percaya seloroh yang sama nanti akan saya tuturkan.
Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan yang baik dan termasuk di dalam golongan yang beriman. Amin. Al-Fatihah untuk kedua orang tuaku.
December 19, 2010
Dino Alive!
Keinginan hanya tinggal keinginan, anak-anak semua menangis ketakutan melihat dinasor-dinasor tersebut (mengapalah penganjur tidak letak sahaja bahan pameran di tempat yang terang dan tiada bunyi-bunyi yang menakutkan?). Akhirnya kami banyak beraktiviti dengan bahan-bahan pameran yang lain di Pusat Sains Negara. Secara amnya kami sekeluarga tetap gembira dengan bahan yang ada.
Gambar 1 : Bayangan T-Rex menerjah mimpi Fateh.
Namun, di sinilah saya berasa kecewa (pada bahan pameran). Pusat Sains Negara tidaklah segah namanya. Kesemua ruang pamerannya ditutup kerana kerja-kerna pengubahsuaian. Mengapa semua? Tidak bolehkah dilakukan peringkat demi peringkat agar pengunjung sekurang-kurangnya dapat melawat ruang pameran yang lain? Belum lagi saya sebut bahan-bahan pameran yang tidak diselenggara sempurna, rosak dan lain-lain lagi. Saya amat berharap pihak pengurusan Pusat Sains Negara yang bernaung di bawah MOSTI dapat melihat perkara ini dengan lebih menyeluruh. Jika PETROSAINS boleh diselenggara dengan baik dan ada sahaja kakitangan yang sedia membantu para pengunjung untuk mendapatkan panduan dan penerangan tentang bahan pameran mengapalah Pusat Sains Negara tidak boleh?
Saya menyokong mana-mana pusat perkongsian ilmu seperti
pusat sains, muzium dan zoo diselenggara dengan sebaik-baiknya. Di samping dapat memacu ekonomi, daya intelektual rakyat akan dapat sentiasa diransang dengan pelbagai program di tempat-tempat seperti ini. Saya tidak rasa rugi membayar yuran yang tinggi untuk ‘hiburan bermaklumat’ berbanding poket saya kering kerana melawat gedung membeli belah. Namun, biarlah berbaloi dengan apa yang kita bayar!
